KUALA LUMPUR : Pemenang anugerah kembara AIM14, Shila Amzah bersedia dengan pelbagai cabaran dan dugaan bergelar seorang penyanyi demi peminat tercinta.
Bakal merakamkan album Inggeris dan mandarin merupakan hadiah istimewa kepada peminatnya dan akan dipasarkan selewat-lewatnya tahun hadapan.
Ketika ditemubual Murai, Shila Hamzah sebenarnya menyimpan cita-cita sebagai seorang pendidik sekiranya tidak bergelar penyanyi.
“Shila suka dan sayangi kanak-kanak dan mempunyai impian untuk membuka sebuah ‘kindergarden’, di situ shila boleh menghabiskan masa dengan mereka dan belajar bersama-sama,” seloroh Shila.
Penyanyi bersuara lunak dan popular dengan lagu masih aku cinta terus akur dengan kehidupan percintaan yang goyah dan sering dikecewakan.
Baginya, kisah silam dan pahit itu telah dibuang jauh dan memfokuskan kerdipan kerjayanya yang semakin bersinar terutama di luar negara.
“Soal jodoh itu, Shila letakkan di ketentuan Ilahi, tidak memilih paras rupa atau pangkat yang penting memahami kerjaya dan pendirian Shila.
Mengulas keadaan mangsa banjir di pantai timur, Shila bersimpati dengan apa yang terjadi dan agar mereka terus tabah menghadapi dugaan itu.
Bencana alam itu juga telah memusnahkan harta benda dan tempat tinggal dan pelbagai bantuan telah disalur.# – Murai
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.