Breaking News
Loading...
Friday, 20 December 2013

Saya Bersyukur Dia Memahami – Siti Saleha

10:04:00


Hampir 5 bulan berkenalan, pelakon berbakat Siti Saleha jarang sekali berkongsi cerita mengenai kisah cintanya kepadanya umum.
Namun baru-baru ini, Siti Saleha ketika ditemui memberitahu bahawa dia bersyukur mempunyai teman lelaki yang sangat memahami kerjayanya sebagai seorang pelakon walaupun masih lagi mengenali hati budi masing-masing.
Saya bersyukur kerana mempunyai teman lelaki yang tidak kisah dan memahami kerja saya sebagai seorang pelakon. Saya akui selesa dengan caranya yang sebegitu.
Dia sekarang 26 tahun, saya sekarang 23 tahun tapi saya baru kenal dia 4 ke 5 bulan. Untuk perancangan masa depan, saya tak boleh cakap apa-apa sebab kami dalam proses mengenali hati budi masing-masing.
 Bagaimanapun, ahli keluarganya masih belum mengetahui tentang hubungan cinta mereka malah dia juga enggan membawa buah hatinya untuk berjumpa dengan mereka buat masa ini.
Dengan perkenalan yang singat, saya tak rasa itu cara terbaik untuk bawa jumpa keluarga. Lagipun, saya rasa keluarga saya tidak tahu lagi tentangnya. Kalau tahu pun, melalui surat khabar kerana saya tak pernah bercerita dengan keluarga.
Dalam perkembangan lain, Siti Saleha yang kini sibuk mempromosikan drama terbaru Aku Ada Wali telah tampil berhijab sewaktu majlis sidang media yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Mengulas tentang penampilannya, Siti Saleha akui selesa begitu serta sudah menyimpan niat untuk berhijab. Namun buat masa ini, dia masih belum bersedia dan berharap agar para peminat tidak tersalah tafsir tentang penampilannya itu
Menerusi drama 13 episod Aku Ada Wali, Siti Saleha yang memegang watak sebagai Syumaila memberitahu sepanjang penglibatannya dalam drama ini, dia mempelajari banyak perkara tentang Islam yang sebelum ini tidak diketahuinya .
Drama yang berkonsepkan komedi ini telah menerapkan mesej-mesej persahabatan, kekeluargaan dan fakta-fakta Islam. Dalam drama ini, saya pelajari perkara baru yang sebelum ini saya sendiri tak tahu.
Dalam perkembangan sama, Siti Saleha juga sempat menceritakan pengalamannya sepanjang berada di Korea untuk penggambaran drama ini.
Saya suka di Busan sebab nampak vintage dan tak sejuk sangat berbanding Seoul kerana Seoul lebih kepada bandar.
Sebagai tambahan, drama besiri Aku Ada Wali bakal membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Zahiril Adzim, Aida Jebat, Zoey Rahman, Sabhi Sadhi, Puteri Chi-Chi, Shawal Ruslan dan ramai lagi. - OHBULAN

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Toggle Footer