Breaking News
Loading...
Saturday, 28 December 2013

Rintihan Seorang Ibu Melihat Anak Dipukul Pengasuh

22:38:00
Rintihan Seorang Ibu Melihat Anak Dipukul Pengasuh

Sebaik penulis membuka Facebook petang ini, ternampak sebuah status tentang luahan hati seorang ibu yang kecewa apabila anaknya dipukul oleh pengasuh tempat dia menghantar anaknya itu.

Penulis pun sebak pasal ada anak sendiri dan tak terbayang kalau benda yang sama berlaku kepada anak penulis.

Kepada ibu kanak-kanak ini, penulis hendak nasihat beberapa perkara.

Pertama, pergilah buat laporan polis kerana pengasuh itu tidak ada hak untuk memukul anak anda sampai begitu sekali.

Kalau kejadian ini berlaku di pusat asuhan, apa nasib anak-anak orang lain… mungkin lagi teruk. Biarlah ibu bapa lain mula beringat.

Ini nasib baik sempat tengok bekas kat muka anak… yang tak sempat tengok berapa banyak agaknya?
Tak guna buat laporan kat Facebook… buat laporan kepada pihak berkuasa.

Keduanya, berhentilah dari menghantar anak ke pengasuh itu. Penulis cakap ini berdasarkan pengalaman.

Baru beberapa hari lepas penulis membaca kisah seorang budak mati akibat didera pengasuh. Malangnya, abang kepada kanak-kanak itu pernah memberitahu kepada ibunya bahawa adik didera di tempat itu tetapi ibunya tidak bertindak.

Kalau ikut penulis, ibu seperti ini seharusnya dibicarakan atas tuduhan bersubahat membunuh kerana anaknya didera berulang kali oleh pengasuh… mustahil dia tak perasan luka-luka yang wujud.

Namun itulah, tak nak susah sikit…. budaya sesetengah perempuan ni… kalau demi jantan boleh buat apa sahaja, demi anak… sikit slow.

Pernah juga masa berkerja di syarikat lain sebelum ini, seorang pekerja syarikat yang sama dengan penuh niat menghantar anaknya ke pusat asuhan haram kerana dia kata murah.

Itu lulusan universiti tu… tapi otak tahap mangkuk jamban aje.

Percayalah… bukan soal dia takda duit dia cakap camtu… laki bini gaji boleh tahan besar… sorang tu aje anak… tetapi keutamaan kepada gajet dan telefon lebih pada keselesaan anak.

Kalau dia memang susah, penulis tak buat contoh kat sini.

So, berbalik kepada ibu dalam kes gambar di atas… diharap anda bukan dalam kategori esok hantar balik anak kepada pengasuh yang sama atau mahu yang murah.

Demi anak, ikat perut la kalau terpaksa… tapi pastikan mereka dapat yang terbaik.

Sedikit silap, nyawa pun boleh melayang.

Jadi kepada ibu yang berkenaan, sila la bertindak dengan sewajarnya dan jangan bersikap ala takpe… lepas tak buat dah KOT. – MyNewsHub

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Toggle Footer