Menerusi filem arahan Carl Rinsch terbitan United International Pictures ini, peminat genre aksi pastinya mengagumi ketangkasan Keanu Reeves berlawan menggunakan pedang samurai menerusi watak Kai.
Kisah penuh emosi ini bermula apabila seorang pemerintah dari kerajaan lain dikenali sebagai Lord Kira telah menggunakan ilmu sihir untuk menjatuhkan ketua 47 Ronin.
Sejak daripada itu, kerajaan Ako telah kehilangan pemerintah sekaligus menyebabkan kesemua samurainya dibuang daerah.
Lebih menyedihkan, Kai telah dijual sebagai hamba dan ketua samurai iaitu Oishi telah dikurung di dalam lubang bawah tanah. Manakala puteri Ako, Mika pula telah dilarikan oleh Lord Kira untuk dikahwini selepas tamat tempoh perkabungan.
Setelah setahun menderita, Oishi akhirnya kembali ke kampung halaman dan mengumpulkan semula samurai yang lain bagi membalas dendam ke atas kematian ketua mereka.
Kai yang selama ini tidak diterima oleh samurai-samurai kerana berdarah kacukan telah dipanggil untuk membantu mereka menewaskan Lord Kira dan menyelamatkan Mika.
Persoalannya kini, mengapa kami katakan 47 Ronin sebuah filem yang penuh emosi? Walaupun ianya adalah filem aksi, namun terdapat beberapa adegan menyayat hati yang diselitkan.
Sebagai contoh, penonton ditayangkan dengan babak pemerintah Ako yang juga ketua 47 Ronin menamatkan riwayatnya sendiri sambil disaksikan oleh anaknya dan seluruh rakyat jelata akibat muslihat Lord Kira.
Tidak hanya disulami dengan elemen kasih sayang antara Kai dan Mika, 47 Ronin turut menerapkan keutuhan semangat juang samurai-samurai bagi mengembalikan maruah mereka walaupun mengetahui maut menanti mereka di kemudian hari.
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.