Breaking News
Loading...
Saturday, 21 December 2013

Naik untuk tingkatkan hasil

09:36:00
Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan

SHAH ALAM – Pelarasan kadar baru Fi lesen memberi peningkatan hasil sebanyak 24.5 peratus kepada daerah Shah Alam berbanding pendapatan mengikut Undang-undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) 1987.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan berkata, sebanyak 5,717 akaun lesen perniagaan berdaftar dan 4,439 bagi perindustrian direkodkan MBSA dengan pendapatan mencecah RM9.75 juta dengan perlaksanaan undang-udang pindaan 2007 berbanding hanya RM7.83 juta mengikut kadar 1987.

Menurutnya, pelaksanaan kadar baru ditentukan mengikut keluasan ruang premis dan aktiviti yang dijalankan adalah pada kadar yang ditetapkan.

“Pada 2007 sebanyak enam undang-undang kecil telah dipinda melibatkan orang ramai namun hanya satu sahaja yang diteruskan iaitu berkaitan pelesenan manakala yang selebihnya di tangguh,” katanya selepas Mesyuarat Majlis ke-12, 2013 di Wisma MBSA, semalam.

Beliau berkata, jenis perniagaan terlibat kadar baru lesen antaranya stesen minyak, kedai telekomunikasi, kedai runcit, kedai serbaneka, industri farmasi, elektrik, logam, kimia dan tekstil.

“Tidak semua jenis perniagaan berdepan kenaikan kadar Fi  lesen, contohnya, kedai runcit yang keluasan di bawah 500 meter persegi (m3) kadar lesen baru adalah RM100 berbanding kadar lama RM200.

“Tetapi ia bergantung kepada aktiviti yang dijalankan di kedai runcit itu. Jika ia menjual dan memberi perkhidmatan sahaja, kadar akan kekal RM100 tetapi jika ada kegiatan borong dan menyimpan, kadar tambahan sebanyak RM180 akan dikenakan. Sama juga untuk perniagaan-perniagaan lain.

“Ia merupakan kadar baru selepas 26 tahun tidak diselaraskan. Kadar yang dikenakan disifatkan berpatutan jika dibandingkan dengan jumlah keuntungan tahunan yang diterima peniaga terutamanya peniaga berskala besar,” katanya.

Namun katanya, MBSA menyuarakan kesediaan untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk melakukan siasatan sekiranya terdapat aduan peniaga yang benar-benar tidak mampu membayar dengan kadar baru.

“Sekiranya kita terima aduan ada peniaga yang tidak mampu untuk membayar kadar baru, kita akan turun siasat dan maklumkan kepada jawatankuasa khas dan kerajaan negeri yang akan memutuskannya,” katanya.

SINAR HARIAN

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Toggle Footer