CHINA : Meskipun sudah berusia 60 tahun, seorang wanita di China tetap berusaha untuk memiliki anak selepas anak perempuannya yang berusia 29 tahun, meninggal dunia akibat terhidu karbon monoksida pada 2009.
Dengan bantuan rawatan IVF, hasratnya itu tercapai dan dia berjaya memiliki sepasang cahaya mata pada 2010.
Kini pada usia 63 tahun, Sheng Hailin dan suaminya, gembira melayan anak kembar perempuan, Zhizhi dan Huihui.
“Saya dan suami sangat-sangat berharap untuk memiliki anak ketika itu kerana kami sangat kesunyian selepas anak perempuan kami meninggal dunia,’’ katanya.
Selepas memiliki kembar, suaminya yang sudah bersara terpaksa mengatur semula jadua kerja.
“Untuk mendapat kembar ini, saya telah mengorbankan semua yang saya miliki termasuk harta benda,’’ katanya yang bekerja sebagai pensyarah kesihatan.
Akibat bebanan tugas, Hailin mengaku dia tidak dapat menghabiskan banyak masa dengan anak-anaknya itu.
“Saya hanya boleh menghabiskan masa empat atau lima hari di rumah bersama anak-anak saya dalam sebulan.
“Saya kini sudah berusia 63 tahun dan badan saya juga sudah tidak mampu bekerja keras,’’ katanya.
Dianggarkan hampir sejuta keluarga di China tidak lagi memiliki waris selepas anak mereka meninggal dunia.
Sejak kerajaan China melaksanakan polisi satu anak satu keluarga pada 1970-an, penduduk China tidak lagi mempunyai lebih daripada seorang anak.
Namun pada November tahun ini, kerajaan China mengumumkan bahawa pasangan suami isteri di negara itu boleh memiliki dua anak jika suami isteri terbabit adalah anak tunggal.
MyNewsHub
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.