Breaking News
Loading...
Friday, 20 December 2013

Manchester United pasang impian

11:15:00
Manchester United pasang impian

MANCHESTER United memasang impian untuk menjulang Piala Liga selepas pasukan bimbingan David Moyes itu layak ke pusingan separuh akhir, awal pagi semalam.

The Red Devils menyingkirkan lawan mereka, Stoke City, 2-0, di Britannia Stadium melalui jaringan Ashley Young dan Patrice Evra.

“Kami gembira dengan kemenangan ini walaupun terpaksa berdepan dengan perlawanan yang sukar.

“Semangat yang kami tunjukkan adalah semangat juang yang tinggi. Semangat ini akan diteruskan untuk kami memburu gelaran juara,” kata Evra.

United selepas ini akan berdepan Sunderland yang sebelum itu menyingkirkan Chelsea, 2-1.

“Sangat penting untuk kami menjulang trofi. Kami perlu kekal fokus dan percaya pada kemampuan diri,” katanya.

Sementara itu, West Ham United akan bertemu Manchester City dalam pusingan separuh akhir selepas The Hammers menyingkirkan Tottenham Hotspur, 2-1, awal pagi semalam. - Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Toggle Footer