JOHANNESBURG : Sebuah lukisan yang menggambarkan Nelson Mandela sudah meninggal dunia dan ma-yatnya dibedah siasat, menimbulkan kemarahan penduduk Afrika Selatan.
Lukisan berjudul :Dead Mandela: oleh pelukis tempatan, Yuill Damaso, dipamerkan di sebuah kompleks beli-belah dan dilihat sebagai suatu penghinaan terhadap ikon perjuangan penduduk kulit hitam itu.
Damaso pula mempertahankan hasil seninya dengan berkata, lukisan itu sebenarnya bertujuan mengangkat nama pejuang anti-aparteid itu melalui perspektif berbeza dengan meniru lukisan The Anatomy Lesson of Dr Nicolaes Tulp oleh Rembrandt pada kurun ke-17.
“Lukisan ini menunjuk-kan walaupun Mandela seorang insan yang sangat istimewa, memberi kesan besar terhadap negara dan menjadi sebutan seluruh dunia, beliau masih seorang manusia biasa,” katanya.
Lukisan oleh Damaso menunjukkan Nkosi Johnson, kanak-kanak berumur 12 tahun yang mati akibat Aids, melakukan bedah siasat ke atas mayat Mandela.
Sekumpulan pemimpin Afrika Selatan pula berdiri di keliling, termasuk penerima Hadiah Nobel Keamanan, Desmond Tutu; Presiden Jacob Zuma; bekas presiden, Thabo Mbeki; dan pemimpin pembangkang, Helen Zille.
Mandela yang akan menyambut hari jadi ke-92 pada 18 Julai ini kurang muncul di khalayak kerana masalah kesihatan. – paapaada.blogspot
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.