Breaking News
Loading...
Friday, 27 December 2013

Lana Nordin Tetap Teruskan Niat Ingin Berubah

14:59:00
Lana Nordin Tetap Teruskan Niat Ingin Berubah

PETALING JAYA : Pelakon Lana Nordin yang sebelum ini meluahkan hasratnya ingin dibimbing menjadi muslimah yang lebih baik selepas mengenali aktor Johan As’ari, 27, tetap akan meneruskan niatnya itu walaupun mereka kini sudah putus cinta.

Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin, 34, berkata, dia sebenarnya sudah berniat ingin berubah sebelum mengenali Johan lagi, dan isu putus cinta disifatkan bukan penghalang untuk meneruskan hasratnya itu.

“Sebenarnya saya mahu berubah ke jalan yang diredhai Allah sebelum mengenali Johan lagi dan saya beritahu hasrat itu kepada Lisdawaty (pelakon).

“Jadi, apabila Johan bersungguh-sungguh mahu memperisterikan saya, terus saya anggap dialah yang akan membimbing saya. Tetapi apabila keadaan sudah berubah (putus cinta), saya tetap akan teruskan niat untuk menjadi muslimah yang baik,” katanya yang dihubungi mStar Online pada petang Rabu.

Menerusi sebuah laporan akhbar pada 29 November lalu, Johan yang sebelum ini dianggap menjalinkan hubungan mesra dengan penyanyi Shila Amzah dilaporkan telah melamar Lana untuk dijadikan sebagai isterinya selepas tiga hari berjumpa.

Pasangan itu bertemu ketika menjayakan sebuah program pada 18 Oktober 2013 lalu dan tiga hari kemudian, Johan terus meluahkan isi hati dan hasrat beliau untuk memperisterikan aktres seksi itu kerana percaya Lana adalah jodohnya yang dimohon ketika mengerjakan umrah pada April lalu.

Bagaimanapun Johan menerusi kenyataanya di sebuah akhbar pada Rabu mengumumkan perpisahan cinta mereka selepas sebulan berkasih berikutan tidak direstui keluarga Johan.

Sementara itu, Lana yang sebelum ini sering menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki berbangsa Inggeris berkata, dia akan berhati-hati selepas ini dalam ingin menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki Melayu.

“Bukan tidak percayakan lelaki Melayu. Takkanlah kerana Johan, saya isytiharkan lelaki Melayu semuanya sama. Itu tidak adil. Cuma selepas ini saya perlu berhati-hati.” ujarnya. – MStar Online

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Toggle Footer