MEMANG benar fakta yang menyatakan lelaki lebih rasional berbanding wanita yang selalunya lebih gemar menurut emosi.
Itulah yang dapat dilihat dalam kes perbalahan antara pengarah, Erma Fatima dan pelakon, Rabecca Nur Islam apabila suami Erma, Bade Hj. Azmi mengambil pendekatan untuk tidak menyokong sesiapa.
Memetik laporan Sinar Harian, dia berkata, kontroversi sebegini langsung tidak membantu, sebaliknya mencalarkan kredibiliti mereka yang terlibat.
“Kita tidak mahu perkara yang berlaku ini berulang. Lebih baik menggunakan pendekatan saling memaafkan supaya perkara sebegini tidak timbul dan ia berkesudahan dengan baik.
“Saya bimbang sekiranya banyak lagi kontroversi seperti ini berlaku, akan menyukarkan orang dalam kalangan industri untuk untuk bekerjasama baik dengan kita di masa hadapan. Oleh itu, seseorang perlu bersikap profesional dan tidak menampakkan perkara yang tidak matang dalam melakukan sebarang tindakan,” katanya.
Kronologi perbalahan antara Erma dan Rabecca berlaku apabila pelakon itu menang dalam kes saman terhadap syarikat produksi milik pengarah itu, Rumah Karya Citra (M) Sdn. Bhd selepas dikatakan gagal membayar baki kontraknya.
Berang, Erma mengambil tindakan membayar wang tersebut dengan menggunakan duit syiling lima sen sebanyak RM11,200 sebelum dipulangkan semula oleh Rabecca yang memintanya membayar dengan lebih berhemah.
Pengarah itu kemudiannya menyerahkan kembali wang tersebut, kali ini dengan duit kertas RM1 yang kemudiannya didermakan oleh pelakon itu kepada mangsa banjir. – MyNewsHub
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.