Malang buat pelakon ini apabila hajat untuk berbelanja sakan bersempena perayaan hari Krismas baru baru ini tidak kesampaian apabila beg duit dan telefon bimbit miliknya dilarikan penyeluk saku dalam kejadian di Lot 10 di Jalan Bukit Bintang di sini kelmarin.
Kosmo! hari ini laporkan yang kejadian tersebut menyebabkan Emma Maembong mengalami kerugian sebanyak RM5,000 dan kejadian itu dipercayai dilakukan oleh warga asing yang sering melakukan aktiviti itu di sekitar kawasan tersebut.
Hilang wang ringgit boleh dicari, asal diri Emma Maembong selamat. Risau abang Zizan. Eh.
UPDATE-1: Pengurus artis di Wirefame Entertainment memaklumkan kepada kami melalui Twitter yang Emma Maembong tidak mengalami kerugian atau hilang kerana sempat batalkan kad bank. – Roti Kaya
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.