Breaking News
Loading...
Thursday, 19 December 2013

Dikecam Jual Serpihan Pokok ‘Maut’ Paul Walker

23:11:00
Dikecam Jual Serpihan Pokok ‘Maut’ Paul Walker

DALAM pada peminat masih berkabung atas pemergian pelakon Hollywood, Paul Walker, masih ada yang menggunakan peluang itu untuk mencari keuntungan.

Seorang pemuda mengambil kesempatan untuk menjual enam serpihan kayu pokok yang dilanggar kenderaan yang dinaiki Walker menerusi laman eBay.

Dikecam Jual Serpihan Pokok ‘Maut’ Paul Walker
Setiap satunya dijual dengan harga kira-kira RM3OO, memetik laporan TMZ.COM.

Bagaimanapun, tindakannya itu mendapat kecaman daripada peminat yang menyifatkan tindakannya itu sebagai tidak bertanggungjawab.

Akur dengan kemarahan mereka, dia akhirnya menarik balik iklan tersebut.

“Saya ingin memohon maaf kepada keluarga, sahabat, rakan-rakan dan peminat Walker. Ketika saya memuatnaik iklan tersebut, saya tidak memikirkan sensitiviti dan impaknya kepada emosi orang lain,” ujar pemuda itu. – MyNewsHub

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Toggle Footer