Tarikh unik 11.12.13 menjadi saksi pelakon jelita sensasi, Rozita Che Wan, 40, menjadi milik pelakon muda, Zain Saidin, 29, apabila selamat dinikahkan dengan sekali lafaz tepat jam 9.03 malam.
Zain yang segak dengan persalinan putih, kelihatan tenang dengan senyuman di bibir. Namun yang pasti, Zain bertuah kerana berjaya memiliki wanita yang menjadi rebutan ramai lelaki.
Rozita yang dikenali melalui lakonannya dalam drama Kiah Pekasam sering mendapat perhatian dan dikaitkan dengan ramai kalangan VIP.
Nyata jodoh janda cantik jelita itu bukan dengan lelaki bergelar Tan Sri, Datuk Seri, Datuk atau usahawan kaya sebagaimana digosipkan sebelum ini, tetapi dengan pelakon muda yang dikenali ramai melalui siri Oh! My English.

Dek populariti Rozita juga, Zain bertuah kerana perkahwinannya menjadi tumpuan hingga ramai berminat menaja majlis mereka.
Pada mulanya dikatakan bernilai RM1.3 juta tetapi saat akhir menjadi RM13 juta. Begitulah hebatnya penangan Rozita Che Wan atau Che Ta.
Bermula dengan majlis berinai pada Selasa, kemudian akad nikah (Rabu) dan resepsi (Jumaat), segala-galanya ditaja - daripada busana digayakan, perhiasan, mekap, pelamin, hidangan dan cenderahati buat tetamu.
Difahamkan, pengantin hanya mengeluarkan belanja untuk barang hantaran dan cincin yang dikatakan bernilai lebih RM200,000 yang dibeli di London dan Paris.
Hantaran mereka juga tidak seperti kebiasaan apabila membabitkan bilangan 3, 5 dan 10 untuk kasut, beg tangan, baju dan minyak wangi. Mereka juga berbelanja sakan untuk gambar pra-perkahwinan membabitkan tiga lokasi, London, Paris dan Bali.
Tentunya tuah dan rezeki diterima Zain disertai cabaran besar yang harus dilalui bukan hanya dalam melalui hari-harinya selepas bergelar suami, tapi sejak awal lagi apabila berdepan kritikan dan pandangan sinis masyarakat.
Ia bermula apabila majlis mereka mendapat tajaan pelbagai pihak dengan nilai besar. Bukan mereka yang minta tetapi ada pihak bermurah hati menaja segala-galanya dan bukan mereka dapat nilai sebanyak itu, tapi hanya pakai dan gayakan.
Ada menyifatkan ia sebagai pembaziran, tambah pula berlangsung ketika negara melalui musibah banjir. Ada juga mulut nakal meramalkan perkahwinan mereka tidak akan bertahan lama kerana perbezaan usia dan gaya hidup mereka.
Che Ta dilihat sebagai wanita matang dan mempunyai cita rasa tinggi dan mewah hingga ada mempersoalkan bagaimana mungkin Zain yang hanya pelakon baru, mampu mengikut rentak isterinya.
Itu belum lagi cabaran menjadi bapa segera kepada dua anak Rozita, Ammar Effendy, 17, dan Aniq Ezra, 15. Maknanya, Zain bukan hanya menanggung isteri, malah dua anak yang meningkat remaja.
Zain dan Rozita yang ditemui selepas selesai majlis pernikahan mereka di Pusat Konvensyen Setia City, Setia Alam, tetap tenang berdepan soalan media.
Kata Zain, dia sedar sikap skeptikal masyarakat terhadap isterinya yang dilabel mempunyai selera tinggi dalam berbelanja tetapi katanya, pandangan sebegitu dilemparkan oleh mereka yang tidak mengenali wanita bernama Rozita Che Wan.
“Tak kenal maka tak cinta. Ketika mula mengenalinya dulu, saya juga bimbang dengan perkara itu. Bagaimanapun, apabila mengenali Rozita, ternyata bukan harta kekayaan dan pangkat yang diinginkan, tetapi cinta dan kasih sayang. Memang betul Rozita suka barangan mewah dan mahal, tetapi dia akan berusaha untuk mendapatkannya.
“Saya berusaha menjadi suami terbaik buat Rozita. Malah, sebaik saja sah menjadi suami Rozita, saya bukan saja bertanggungjawab sebagai suaminya, malah secara automatik menjadi bapa kepada dua anak.
“Saya juga akan cuba menjadi bapa yang baik buat Ammar dan Aniq. Harap Rozita dan anak puas hati dengan apa yang saya lakukan nanti,” katanya.
Kepada mereka yang suka berprasangka buruk kepada dirinya, kata Rozita, tidak baik menyimpan prasangka begitu kerana ia satu dosa.
Apa pun, Rozita dan Zain adalah pasangan yang tenang dan memahami. Mungkin kalau pasangan artis lain apabila berdepan pelbagai kata-kata sinis begitu, mereka melenting dan memberi layanan dingin kepada media.
Namun, mereka berdua tetap tenang dan ramah. Walaupun majlis mereka ada syarat yang perlu diikuti media seperti tidak dibenarkan membawa jurugambar kerana gambar disediakan, semua itu untuk memastikan perjalanan majlis berlangsung dengan aman dan lancar. Tidak kedengaran rungutan terhadap layanan tuan rumah dan pengurusan mereka.
Media juga faham apabila segala-galanya ditaja, sudah tentu pasangan ini perlu akur dengan kehendak ditetapkan mereka yang mengeluarkan wang. Che Ta ibarat papan iklan untuk barangan mereka dan segala-galanya harus diperagakan.
Semoga Zain dan Rozita hidup aman bahagia dalam melayari rumah tangga mereka. Siapalah kita untuk menghukum dan meramalkan jodoh mereka.
Bak kata Afgan dalam lagu Jodoh Pasti Bertemu, ‘Jika aku memang tercipta untukmu, ku kan memilikimu, jodoh pasti bertemu’. -Harian Metro

0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.