Bertemu jodoh di laman sosial bukanlah isu baru atau aneh mahupun mengejutkan. Sejak adanya Facebook yang mencetuskan fenomenanya bermula di Amerika kemudian menular ke seantero dunia di mana Malaysia tersenarai antara negara paling aktif menggunakan laman sembang berkenaan yang bukan hanya berfungsi sebagai ruang promosi perniagaan, tetapi juga berupaya menjadi agensi cari jodoh.
Penyanyi, pengacara dan penyampai Era FM, Khairil Azam Pilus (Aril), 28, misalnya selamat menikahi wanita yang dikenalinya melalui laman sosial yang cukup popular tatkala ini iaitu Instagram. Wanita si ‘pencuri hati’ naib juara Akademi Fantasia musim ke-7 itu adalah Puteri Erma Edlinda Megat Aminuddin (Puteri), 27.
Manis menawan, Puteri bertugas sebagai pramugari Saudi Arabian Airlines. Pasangan sama cantik sama padan itu diijabkabulkan oleh Imam Mukim Padang Enggang, Abdul Halim Mat Isa dengan hanya sekali lafaz di kediaman pengantin perempuan di Padang Enggang, Pasir Hor, Jumaat lalu kira-kira jam 3.20 petang.
“Saya terpandang foto kawan saya bersama Puteri di Instagram. Terusik dalam hati hendak mengenalinya. Kemudian saya cuba ‘follow’ dia di Instagram.
MAJLIS akad nikah dan batal air sembahyang antara Aril dan Puteri.
“Jika ada foto yang dimuat naik, saya selalu memberikan komen. Tidak lama selepas itu, saya mengambil langkah lebih berani iaitu memintanya nombor telefon sebelum pertemuan pertama kami pada 25 Mei lalu.
METRO ONLINE
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.