Berita penyanyi Farawahida bakal berkahwin sudah lama diketahui peminat. Bagaimanapun, siapa bakal suaminya masih terus jadi tanda tanya apabila penyanyi yang popular dengan lagu Tanpamu itu memilih untuk merahsiakan nama dan wajah bakal suaminya dan hanya perkenalkan sebagai Mr A.
Alasannya, bakal suaminya pemalu dan dia juga bukan selebriti.
Bagaimanapun, Farawahida akan memperkenalkan suaminya kepada media pada hari bersejarahnya, 16 Disember ini.
Farawahida yang datang ke Balai Berita untuk mengedarkan kad undangan perkahwinannya baru-baru ini, akhirnya mengalah dan memberi keizinan kepada Selebriti Metro Ahad untuk menyiarkan gambar bakal suaminya.
Katanya, bakal suaminya pemalu tatkala berdepan media dan tidak mahu terlalu mendedahkan diri pada industri hiburan.
“Kami kenal lebih lapan tahun dan saya bersyukur mendapat suami yang sangat ringkas dan sederhana, cuma dia beritahu tidak mahu terdedah dalam dunia hiburan.
“Kami kenal lebih lapan tahun dan saya bersyukur mendapat suami yang sangat ringkas dan sederhana, cuma dia beritahu tidak mahu terdedah dalam dunia hiburan.
Mana yang dia boleh kongsi, dia akan kongsikan dan saya hormati permintaannya.
“Selepas lapan tahun kenal hati budi, kami ada banyak keserasian.
Dia tahu saya artis dan pernah juga sesekali mengikut dan menemani saya di acara hiburan dan persembahan, cuma tidak terlalu menonjolkan diri,” katanya.
Dia tahu saya artis dan pernah juga sesekali mengikut dan menemani saya di acara hiburan dan persembahan, cuma tidak terlalu menonjolkan diri,” katanya.
Kata Farah, biarpun berbeza dari segi kerjaya dan latar belakang, banyak perkara yang mereka pelajari antara satu sama lain.
Paling penting, kata Farah, dia memahami dunia hiburan yang sering dikaitkan dengan gosip.
Paling penting, kata Farah, dia memahami dunia hiburan yang sering dikaitkan dengan gosip.
“Ketika saya dilanda kontroversi dulu, dia sangat memahami dan banyak memberi nasihat.
Saya bersyukur bakal suami sangat memahami dan sedar itu sebahagian daripada cabaran bergelar artis.
Saya bersyukur bakal suami sangat memahami dan sedar itu sebahagian daripada cabaran bergelar artis.
“Dia sentiasa menjadi tulang belakang saya dan sangat tenang.
Dia sering memberi kata-kata semangat untuk saya meneruskan kerjaya sebagai penyanyi.
Dia sering memberi kata-kata semangat untuk saya meneruskan kerjaya sebagai penyanyi.
“Walaupun perkenalan lapan tahun boleh dikatakan lama, lepas ini (sah bergelar suami isteri) akan lebih lama dan banyak lagi dugaan yang akan kami tempuhi.
“Bakal suami juga bersikap positif dan dapat menerima cinta saya pada seni dan tidak menghalang saya meneruskan kerjaya nyanyian,” katanya yang tidak menolak kemungkinan bergabung dengan suami untuk menubuhkan cabang perniagaan sendiri satu masa nanti.
Esok, penyanyi digelar Kajol Malaysia itu melangsungkan pernikahan dengan ahli perniagaan berasal dari Pulau Pinang, Abdul Shukur Mohd Zain, 29, di kampung halamannya di Taiping, Perak pada sebelah pagi, diikuti majlis resepsi sebelah malam di Dewan Majlis Perbandaran Taiping.
Walaupun perkahwinan mereka tidak segah dan disebut-sebut ‘wedding of the year’ sebagaimana pasangan selebriti lain, Farah tetap bersyukur kerana segala urusan pra-perkahwinan tetap berjalan lancar seperti dijadualkan.
Penyanyi Jangan Tanya Aku Lagi itu turut gembira apabila banyak pihak sudi menaja dari segi busana pengantin, pelamin, malah cenderahati untuk tetamu.
Antaranya, Jimmy Moschino Couture untuk gaun, Empayar Che Det Butik Nasha untuk pelamin, solekan oleh Nana Empayar Che Det dan jurufoto Bicara Lensa.
“Saya rasa teruja sangat sebab hari bersejarah dalam hidup saya semakin dekat.
Kalau ikutkan, saya belum sempat pulang ke kampung untuk menguruskan majlis itu sebab banyak perkara perlu diselesaikan di Kuala Lumpur.
Kalau ikutkan, saya belum sempat pulang ke kampung untuk menguruskan majlis itu sebab banyak perkara perlu diselesaikan di Kuala Lumpur.
“Apabila selesai, baru saya dapat pulang dengan hati tenang dan berharap majlis berjalan lancar.
Sebenarnya lagi nak dekat dengan tarikh kahwin, lagi kuat debarannya,” katanya.
Sebenarnya lagi nak dekat dengan tarikh kahwin, lagi kuat debarannya,” katanya.
Kata Farah, dia sering berbincang dengan bakal suami untuk memastikan perjalanan majlis lancar seperti diimpikan.
Malah, bapanya Razali Noordin, banyak menasihatinya untuk tidak terlalu membazir.
Malah, bapanya Razali Noordin, banyak menasihatinya untuk tidak terlalu membazir.
“Bakal suami sangat sederhana.
Apatah lagi keluarga saya pernah ada pengalaman mengurus perkahwinan dua kakak saya sebelum ini, oleh itu tak banyak kerja perlu dilakukan.
Apatah lagi keluarga saya pernah ada pengalaman mengurus perkahwinan dua kakak saya sebelum ini, oleh itu tak banyak kerja perlu dilakukan.
“Cuma kami masih perlukan perunding perkahwinan untuk mengurus semuanya dan tidak mahu menyusahkan keluarga kedua-dua pihak.
“Saya juga berkongsi idea dengan perunding perkahwinan dari segi konsep perkahwinan, warna dan dekorasi.
Setakat ini segala diimpikan hampir menjadi kenyataan dan memuaskan kedua-dua pihak,” katanya yang akan menggayakan empat persalinan pada majlisnya nanti. -Harian Metro
Setakat ini segala diimpikan hampir menjadi kenyataan dan memuaskan kedua-dua pihak,” katanya yang akan menggayakan empat persalinan pada majlisnya nanti. -Harian Metro
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.