Breaking News
Loading...
Thursday, 26 December 2013

‘Autograf’ Pada Hati Pesakit

15:58:00
‘Autograf’ Pada Hati Pesakit

London : Seorang pakar bedah di sebuah hospital di Birmingham digantung kerja selepas dakwaan mengatakan dia menurunkan tandatangannya di hati seorang pesakit.

Dipercayai tanda tangan itu ditemui rakan sekerjanya ketika pembedahan rutin terhadap pesakit terbabit di Hospital Ratu Elizabeth.

Pihak berkuasa kini bimbang kemungkinan beratus-ratus pesakit yang menjalani pembedahan transplan lain membabitkan pakar bedah itu berdepan nasib sama. seperti pesakit itu.

Dakwaan itu mengatakan pakar bedah berpengalaman berkenaan menggunakan pancaran gas argon – bagi menutup pembuluh – untuk membuat tanda tangan itu.

Pakar berkata, ia akan meninggalkan kesan terbakar di permukaan hati, tetapi tidak berbahaya.

Joyce Robins dari pertubuhan Patient Concern berkata: “Kami bercakap mengenai pesakit bukan buku autograf.”- AP

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Toggle Footer