Breaking News
Loading...
Sunday, 22 December 2013

'AS jangan sibuk'

18:04:00

'AS jangan sibuk'

BANGKOK - THAILAND. Kira-kira 500 penunjuk perasaan berhimpun di luar pejabat Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Bangkok sebagai mengecam tindakan Washington yang cuba mencampuri krisis politik di Thailand.

Tindakan itu tercetus selepas Washington dalam satu kenyataan, menyatakan sokongan penuh terhadap pilihan raya 2 Februari nanti.
Kunjugan ratusan penunjuk perasaan diketuai Ketua Rangkaian Pelajar dan Rakyat untuk Pembaharuan Nititorn Lamlua ke pejabat itu adalah bertujuan menyerahkan surat terbuka kepada Duta AS, Kristie Kenney.

Antara kandungan surat itu adalah: 'Media anda tidak adil menilai dan melaporkan keadaan politik di Thailand.  

Laporan mengenai keadaan di Thailand sangat negatif dan berat sebelah serta prejudis. Anda tidak perlu mencampuri urusan hal ehwal Thailand. Konflik di Thailand tiada kena mengena dengan Washington. Jika anda terus menyatakan kebimbangan, kami menganggap kebimbangan anda sekadar kepentingan peribadi'.

Sementara itu, enam bekas ahli parlimen parti demokrat mengumumkan untuk tidak bertanding dan memboikot pilihan raya.

Mereka ialah pasangan tiga beradik, Suthep, Thani dan Chane Thegsuban diikuti Sopha Kanchana, Sinit Lertkrai dan Thirapat Pringsulaka.
Wakil dari tujuh cawangan parti demokrat juga mengumumkan pendirian sama.

Suthep yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pembaharuan Demokratik Rakyat (PDRC) minggu lalu mendesak pembubaran Parlimen dikuatkuasakan seiring dengan peletakan jawatan Perdana Menteri Yingluck Shinawat.

Menurutnya dalam laporan Bangkok Post, pembubaran itu bagi membolehkan Perlembagaan dipinda seterusnya merealisasikan penubuhan dewan rakyat.

Terdahulu, Suthep dikatakan mahu pembaharuan ke atas sistem politik Thailand dilaksanakan sebelum pilihan raya umum diadakan.

Namun, pemangku Yingluck yang juga Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand sudah pun memutuskan tarikh pilihan raya akan kekal iaitu pada 2 Februari.

HARIAN METRO

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Toggle Footer