Breaking News
Loading...
Wednesday, 1 January 2014

Raja Azmi: Tuduhan Saya Hina Islam Melampau

03:05:00
Raja Azmi: Tuduhan Saya Hina Islam Melampau

KUALA LUMPUR : Produser filem, Raja Azmi, 54,menganggap tuduhan yang dikeluarkan oleh sebuah akbar mengenai dirinya itu sudah melampaui batas.

Raja Azmi berkata, sepaptutnya tuduhan mengatakan dia menganggap upacara bacaan doadalam majlis anjurannya baru-baru ini tidak penting adalah bertentangan dengan kejadian sebenar yang berlaku.

“Saya bukan tidak puas hati dengan tulisan yang dikeluarkan mengenai saya tetapi saya terkilan dan kecewa dengan sikap penulis itu, seolah-olah dia ada personal attack terhadap saya.

Cara dia menulis itu seolah-olah seperti menuduh saya memperlekehkan serta menghina agama Islam. Hanya Tuhan sahaja yang tahu kebenarannya tetang apa yang saya maksudkan.

“Bagaimana dia boleh tulis begitu, sedangkan dia sendiri kata dalam artikel itu dia hanya mendengarnya dari seorang kawan tapi seolah-olahtelah menuduh saya secara terus.

“Sepatutnya, dia datang kepada saya dan bertanyakan mengenai hal itu sebelum menulisnya. Ia memang sangat melampaui batas,” katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Laporan itu turut mendakwa Raja Azmi mengeluarkan kenyataan berbaur sindirian bahawa bacaan doa wajar dilakukan di surau atau masjid sajadan bukan pada majlis hiburan.

Meskipun terpaksa menanggung malu di atas artikel yang dikeluarkan itu, Raja Azmi berkata dia tidak akan mengambil tindakan undang-undang kepada akbar tersebut sebaliknya berharap penulis berkenaan sedarakan kesilapannya.

“Saya tidak akan mengambil tindakan untuk menyaman malu akbar tersebut walaupun saya berasa agak malu dan terikilan. Tak perlu juga minta maaf kepada saya kerana dia salah terhadap etika penulisanya sendiri yangsaya anggap tidak professional.

“Cuma saya harap dia sedarlah akan kesilapnya dan berubahkan menulis begitu yang tiada kesahihannya. Apa salahnya dia bertanyakan atausiasat dulu kebenarannya sebelum menulis secara melulu,” luahnya lagi. – Murai

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Toggle Footer