Pagi ini kalau tengok pada timeline Facebook, rata-rata ibu bapa akan berkongsi detik-detik menghantar anak ke sekolah pada hari pertama.
Dalam hal ini Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin tak terkecuali.
Beliau menghantar anak sulungnya Jibreil Ali atau “cougar” ke sekolah untuk menduduki darjah 1.
Sama seperti ibu bapa lain, KJ menyatakan perasaannya lebih sedih dan ‘nervous’ berbanding anaknya itu.
Satu yang harus dipuji, KJ memilih sekolah kebangsaan biasa berbanding ‘international school’ yang biasanya menjadi pilihan orang berada.
Tindakan ini turut dipuji oleh ramai pengikut Facebook KJ.
Tahniah YB, mudah-mudahan dengan cara ini anda akan dapat melihat dengan lebih jelas permasalahan membabitkan institusi pendidikan negara.
Maklumlah bila menteri memilih cara hidup serupa macam rakyat biasa, mereka akan lebih memahami sebarang permasalahan rakyat. Tak gitu? – Facebook Khairy Jamaluddin
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.