Breaking News
Loading...
Friday, 10 January 2014

Tidak Perlu Buang Tulisan Jawi

21:57:00
Tidak Perlu Buang Tulisan Jawi

GEORGE TOWN : Pihak pengurusan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Bukit Mertajam, dekat sini tidak perlu melayan sebarang permintaan atau arahan daripada pihak luar yang meminta agar tulisan Jawi pada papan tanda utama sekolah itu dibuang.

Pengarah Pendidikan Negeri, Datuk Ahmad Tarmizi Kamaruddin berkata, papan tanda sekolah yang mengandungi tulisan Jawi itu telah dipasang sejak 10 tahun lalu dan ia tidak mempunyai sentimen keagamaan kepada mana-mana pihak.

“Saya difahamkan papan tanda itu sudah dipasang sejak 10 tahun lalu dan pihak sekolah tiada sebab untuk menanggalkannya atau mengganti dengan papan tanda baharu kerana langsung tiada kaitan dengan sentimen keagamaan.

“Malah tulisan Jawi adalah sama seperti tulisan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris kerana ia ditulis sebagai tambahan bagi menggantikan tulisan roman yang merujuk kepada nama sekolah,” katanya. – Kosmo

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Toggle Footer