Breaking News
Loading...
Friday, 10 January 2014

Shila Tercalon Untuk 5 Kategori Di World Music Awards

21:45:00

Shila Tercalon Untuk 5 Kategori Di World Music Awards

Murah sungguh rezeki si penyanyi cantik molek, Shila Amzah sejak akhir-akhir ini. Pernah tercalon dalam kategori Best Female Artist dan Best Entertainer of The Year dalam World Music Awards 2012 yang lalu, Shila sekali lagi dikatakan tercalon dalam anugerah tersebut untuk tahun ini.
Jika dulu cuma mendapat dua pencalonan sahaja, kali ini Shila telah dinominasikan untuk lima pencalonan dalam WMA termasuklah World’s Best Live Act, World’s Best Song dan juga World’s Best Video.
Shila Tercalon Untuk 5 Kategori Di World Music AwardsShila berkongsi kategori yang dicalonkan bagi World’s Music Awards di Instagramnya.
Namun, dalam kelima-lima kategori tersebut, Shila bakal bersaing dengan artis hebat antarabangsa yang lain termasuklah Kelly Clarkson, Shakira, Adele, Alex Hepburn, Alicia Keys, Avril Lavigne, Britney Spears, Beyonce, Bruno Mars, Kanye West dan ramai lagi. Sengit, bukan?
Shila Tercalon Untuk 5 Kategori Di World Music Awards
Selain daripada kategori diatas, WMA kali ini turut menampilkan lebih 200 selebriti terkenal dunia menerusi 4 lagi kategori yang dipertandingkan seperti World’s Best Album, World’s Best Male Artist, World’s Best Group dan World’s Best Electronic Dance Music Artist.
Untuk pengetahuan, WMA merupakan majlis berprestij yang mengiktiraf artis berdasarkan jualan album dan undian orang ramai menerusi internet.
Selain Shila, terdapat juga artis Asia lain yang turut tercalon dalam WMA kali ini termasuklah Dato’ Siti Nurhaliza, Afghan, Agnes Monica, Ariel dan juga Dato’ Rossa.
Sumber: Instagram Shila Amzah & OHBULAN!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Toggle Footer