Breaking News
Loading...
Sunday, 5 January 2014

Sampai Hati Engkau…

12:12:00

Sampai Hati Engkau...

Kajang : Hanya kerana bimbang tidak mempunyai dokumen perjalanan diri yang sah, seorang lelaki warga Indonesia tergamak meninggalkan rakannya yang kelemasan dalam asap tebal selepas rumah sewa mereka terbakar dalam kejadian di Jalan Jaya Baru 3A, Taman Jaya, di sini, semalam.

Akibat tindakan itu, mangsa rentung selepas gagal keluar dari rumah berkenaan dipercayai akibat pintu jeriji dikunci dari luar.

Difahamkan, rakan mangsa berusia 20-an itu terpaksa lari lintang-pukang sebaik menyedari kehadiran pasukan penyelamat yang tiba di lokasi kerana bimbang dicekup.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, pemeriksaan awal anggota penyelamat menmenemui mayat mangsa dalam keadaan rentung di ruang tamu tingkat dua rumah berkenaan.

“Jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang tiba jam 2.55 petang dan mendapati api sedang marak di tingkat bawah manakala pintu jeriji depan dikunci dari luar. – Metro

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Toggle Footer