Breaking News
Loading...
Saturday, 4 January 2014

Michael Schumacher Masih Koma, Isteri Tertekan

01:08:00
Michael Schumacher Masih Koma, Isteri Tertekan

KEMALANGAN yang menimpa bekas pelumba Formula One (F1), Michael Schumacher ternyata memberikan tekanan kepada isterinya, Corinna Schumacher.

Menurut pengurusnya, wanita itu bagaimanapun masih kuat dalam mengawal emosinya tatkala suaminya masih dalam keadaan koma di Grenoble.

Corinna turut dirakam tiba di hospital di Grenoble untuk melawat Schumacher, memetik laporan Daily Mail.

Empat hari lalu, bekas pelumba itu terjatuh selepas dikatakan cuba membantu anak kepada rakannya yang mengalami masalah sewaktu meluncur di pergunungan Alps Perancis.

“Dia hilang kawalan. Malang sekali kerana kepalanya terhantuk pada batu. Dia tidak meluncur laju,” ujar pengurusnya, Sabine Kehm.

Gambar yang dimuatnaik oleh laman itu turut memperlihatkan tempat kejadian dengan kesan darah Schumacher pada salji. – MyNewsHub

Michael Schumacher Masih Koma, Isteri Tertekan

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Toggle Footer