Breaking News
Loading...
Saturday, 11 January 2014

Kambing Mati Disuntik Air Kolam Tercemar

13:15:00
Kambing Mati Disuntik Air Kolam Tercemar
GUANDONG  CHINA : Tujuh individu ditahan selepas didakwa menyuntik ratusan kambing dengan air kolam tercemar bertujuan menambahkan berat pada dagingnya.

Stesen Televisyen China (CCTV) melaporkan, mereka dipercayai menyuntik air kolam mengandungi 6 kilogram bakteria pada 100 kambing sehari.

Daging itu kemudiannya dijual di pasar, gerai dan restoran di Guangzhou dan Foshan.

“Pihak berkuasa menyerbu rumah penyembelihan haram itu dan mendapati 30 kambing mati akibat suntikan manakala 335 kambing siap sedia untuk disuntik,” menurut laporan itu.

Skandal makanan di China makin serius selepas pihak berkuasa mengenal pasti terdapat pengusaha mengitar semula air longkang bagi menghasilkan minyak masak dan terdapat campuran daging musang pada daging lembu di pasaran. – Daily Mail

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Toggle Footer