Kejayaan anak tunggalnya, Adam Iman yang berjaya mencatat keputusan cemerlang 8A pada Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) pastinya membanggakan kedua ibu bapanya.
Datuk Hattan juga sempat berkongsi rahsia didikan terhadap anak terunanya itu kepada portal Gua, baru-baru ini.
“Saya tidak memaksa Adam. Apa yang penting bagi saya, Adam pandai membahagikan masa. Saya tidak halang dia untuk bermain permainan video seperti remaja yang lain, tetapi nasihat saya padanya adalah biarlah dia bijak mengatur jadual. Sebagai contoh, jika satu jam dia peruntukkan untuk bermain game, dia harus mengulangkaji pelajaran selama dua jam,” ujar penyanyi kelahiran Negeri Sembilan itu.
Selain itu, Hattan juga mengatakan didikan agama yang cukup juga penting untuk perkembangan minda dan emosi anaknya.
Beliau juga sering mengajar Adam untuk sentiasa bersikap merendah diri dan mengingatkan anaknya itu bahawa segala nikmat yang dikecapi hanyalah pinjaman Yang Maha Esa semata-mata. – MyNewsHub
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.