Berapa ramai antara anda yang pernah menonton filem Paranormal Activity siri keempat sebelum ini? Menerusi beberapa komen yang diterima, ada yang berpendapat filem berkenaan merupakan siri PA yang paling teruk pernah ditayangkan.
Bagaimanapun pada tahun ini, PA kembali lagi dengan jalan cerita baru dan apa yang pasti ia lebih mendebarkan dengan kemunculan entiti menakutkan secara mengejut.
Siri kelimanya yang berjudul The Marked Ones ini telah diarahkan buat pertama kali oleh penulisnya, Christopher Landon di mana dia telah membawa kelainan di dalam filem terbaru ini berbanding siri yang lain.
Teknik rakaman video amatur yang masih dikekalkan membuatkan penonton berdebar-debar untuk mengetahui apa yang akan terjadi seterusnya dan tertanya-tanya makhluk apa yang bakal muncul di sebalik tirai.
Dengan kemunculan karakter baru, The Marked Ones kali ini mengisahkan tentang kisah sekumpulan remaja Latin yang berdepan dengan masalah apabila salah seorang rakan mereka dirasuk.
Ianya bermula apabila kumpulan remaja terbabit bertindak menyiasat dengan lebih terperinci mengenai kematian seorang wanita sebelum mendapat tahu rakan mereka terlibat dengan kuasa ilmu hitam sejak bertahun lamanya.
Bagi penggemar filem seram yang masih belum menonton The Marked Ones, di bawah ini adalah antara bukti-bukti yang membuatkan siri kelima PA ini lebih menggerunkan.
OHBULAN
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.