Breaking News
Loading...
Wednesday, 25 December 2013

Tikam Kekasih 83 Kali Hingga Mati Kerana Cemburu

01:18:00
Tikam Kekasih 83 Kali Hingga Mati Kerana Cemburu

HANYA kerana cemburu yang tidak bertempat, seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara seumur hidup selepas menikam sehingga mati kekasihnya sebanyak 83 kali.

Cornelius Brown, 23, dituduh membunuh Jade Riley-Ward, 30, di dapur rumahnya di Somercotes, Derbyshire, England pada September tahun lalu.

Tikam Kekasih 83 Kali Hingga Mati Kerana Cemburu
Dia kemudiannya menghubungi ibu mangsa dan memintanya untuk datang ke rumah tersebut.

Dalam keadaan tubuh yang berlumuran darah kekasihnya, dia merayu wanita itu supaya membunuhnya pula kerana tidak mempunyai kekuatan untuk membunuh diri.

Pasangan ini telah berkawan sejak zaman kanak-kanak lagi dan mula menjalinkan hubungan cinta pada Januari 2012.

Sikap cemburu Brown bagaimanapun semakin menjadi-jadi dan sembilan hari sebelum kematiannya, Jade telah menghantar mesej yang menyatakan dia ‘memerlukan ruang’.

Brown tanpa usul periksa telah membuat kesimpulan bahawa kekasihnya itu mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain tanpa pengetahuannya sehingga membawa kepada pembunuhan itu.

Hakim Mahkamah Nottingham, Jonathan Teare berkata, pembunuhan itu boleh disifatkan sebagai penyeksaan kerana Brown menggunakan empat jenis pisau untuk menikam tubuh mangsa.

“Dia cuba mempertahankan dirinya kerana terdapat 31 kesan tikaman di tangan dan lengannya. Dia cuba menghentikan anda dan tiada satu pun tikaman yang menyebabkan kematiannya serta-merta. Jade mati akibat pendarahan yang serius,” jelasnya kepada tertuduh.

MyNewsHub

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Toggle Footer