JOHOR BAHRU: Sepasang suami isteri menarik nafas lega apabila Mahkamah Tinggi di sini, hari ini melepaskan dan membebaskan mereka daripada tuduhan menyebabkan kecederaan parah dan memperdagangkan pembantu rumah warga Indonesia.
Hakim Samsudin Hassan membebaskan Mohd Shukur Suradi, 29, dan isterinya, Daeng Norulasyikin Bachok, 28, selepas mendapati terdapat kekhilafan pada keputusan dibuat hakim Mahkamah Sesyen ketika menjatuhi hukuman terbabit terhadap tertuduh.
Pada 19 Jun lalu, pada pertuduhan dan hukuman awal, akibat menyebabkan kecederaan parah dan memperdagangkan pembantu rumah, pasangan suami isteri berkenaan dihukum penjara 15 tahun oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru.
Bukan itu saja, Mohd Shukur yang juga seorang peniaga turut dikenakan 10 sebatan bagi kesalahan mendatangkan kecederaan parah terhadap mangsa.
Hakim Mahkamah Sesyen Johor Bahru ketika itu menjatuhi hukuman itu selepas mendapati Mohd Shukur dan Daeng Norulasyikin bersalah di atas kedua-dua pertuduhan itu. -Metro
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.