Breaking News
Loading...
Tuesday, 24 December 2013

Pekerja Islam Dikecualikan Pegang Babi & Alkohol Di Marks & Spencer Di Britain

14:28:00
Pekerja Islam Dikecualikan Pegang Babi & Alkohol Di Marks & Spencer Di Britain

London : Umat Islam yang bekerja di rangkaian pasaraya Marks & Spencer di Britain kini dibenarkan untuk menolak untuk melayan pelanggan yang mahu membeli daging babi dan arak.

Malah pekerja Islam boleh meminta pelanggan supaya menggunakan kaunter lain.

Ia bagi mengelakkan mereka mengendalikan barangan itu termasuk ketika pelanggan mahu membuat bayaran.

Bagaimanapun tidak semua pasaraya di Britain yang mengambil pendirian sama.

Malah masih banyak lagi pasaraya yang masih berbelah bagi sama ada mahu membenarkan pekerja mereka dikecualikan daripada mengendalikan barangan tertentu atas alasan keagamaan.

Salah sebuah pasaraya ,Asda, memaklumkan tidak akan mengupah pekerja Muslim yang enggan mengendalikan barangan berasaskan babi dan alkohol.

Manakala sebuah lagi rangkaian pasaraya, Sainsbury’s pula menasihatkan pekerjanya tidak kira apa juga agama, supaya dapat mengendalikan dua bahan larangan berkenaan.

MyNewsHub

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Toggle Footer