Breaking News
Loading...
Wednesday, 25 December 2013

Lana Nodin – ‘Wake aUp Call’ Untuk Berubah

18:15:00
Lana Nodin – ‘Wake aUp Call’ Untuk Berubah

BIARPUN ramai yang menuduhnya mengubah penampilan seksi kepada lebih sopan kerana Johan As’ari, namun Lana Nodin melalui Bipop semalam menafikan perkara itu.

Jelas pelakon yang pernah mendapat gelaran Pamela Anderson Malaysia itu, perubahan yang cuba dilakukannya adalah untuk diri sendiri dan bukan kerana lelaki itu.

“Selangkah demi selangkah, saya akan berubah. Saya tak boleh berubah serta-merta. Nanti nampak sangat saya tak ikhlas berubah dan boleh dianggap hipokrit. Apa yang saya lakukan ini bukan kerana Johan. Perubahan yang saya lakukan ini barangkali bertimbal balik pada soal masa. Ia seperti wake up call untuk saya berubah.

“Saya manusia biasa yang tak pernah sempurna dan tak boleh lari daripada melakukan kesilapan. Saya sudah mula memakai pakaian yang tidak mencolok mata. Saya cuba menjaga solat saya. Malah sudah tidak lagi memakai pewarna kuku. Baju lama yang kurang kain itu masih ada tapi saya simpan dan pakai di rumah saja,” ujarnya.

Baguslah jika sudah ada niat baik sebegini. Diharapkan imej Lana akan lebih sopan selepas ini walaupun suatu hari nanti dia tidak ditakdirkan bersama Johan.

Tidak ada ruginya untuk berubah ke arah jalan yang diredhai-Nya. Kita pun takkan kekal muda selama-lamanya, betul tak?

MyNewsHub

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Toggle Footer