Breaking News
Loading...
Tuesday, 24 December 2013

Juara Projek Metro Diikat Kontrak Media Prima

14:06:00

Juara Projek Metro Diikat Kontrak Media Prima

Setelah lebih kurang 7 minggu Projek Metro bersiaran mencari bakat pelapis yang berkebolehan sebagai seorang kolumnis, hos program dan penyampai radio, akhirnya seorang peserta dari Kuantan bernama Khairu Norliza Khairudin berjaya dinobatkan sebagai juara.
Dengan kejayaannya itu, Liza membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM20,000 dan kontrak selama setahun bersama Kumpulan Media Prima Berhad.
Pada peringkat akhir yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral malam tadi, Liza dan tiga orang lagi finalis iaitu Iera, Taufiq dan Fiza telah dinilai berdasarkan tugasan khidmat masyarakat, segmen radio dan penulisan.
Juara Projek Metro Diikat Kontrak Media Prima
Taufiq bagaimanapun disingkirkan pada peringkat tersebut kerana gagal mencapai tahap pencapaian yang dikehendaki.
Pusingan kedua pula mencabar kemampuan dan kredibiliti tiga finalis terakhir sebagai pengacara. Masing-masing perlu mengendalikan segmen program TV seperti Wanita Hari Ini, Tunggu Sekejap, dan Muzik Muzik bersama tetamu-tetamu khas di kalangan selebriti.
Tidak hanya menyaksikan persaingan antara finalis merebut gelaran sang juara, malam kemuncak Projek Metro itu juga turut diserikan dengan persembahan nyanyian daripada artis popular antaranya Salam Musik, Alif Satar, Alyah dan Ella.
Juara Projek Metro Diikat Kontrak Media Prima
Dua juri tetap iaitu Roslen Fadzil dan Fasha Sandha bersama Seelan Paul selaku juri jemputan telah mengadili rancangan realiti TV pada malam semalam sambil dikelolakan oleh Fara Fauzana dan Faizal Ismail sebagai pengacara.
OHBULAN

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Toggle Footer