Los Angeles : Imej Patung Barbie yang gemuk, lengkap dengan dagu berlipat yang dihasilkan oleh Worth1000.com kini menerima kecaman ramai.
Ia bukan keluaran pengeluar asal Barbie iaitu Mattel.
Imej ini mencetuskan perbahasan mengenai kesan patung tersebut kepada kaum wanita.
Malah sekumpulan aktivis digelar Plus Size Modeling telah mempersoalkan tindakan berkenaan kerana ia mencetuskan pelbagai kesan negatif terutama kepada kanak-kanak perempuan.
Sejak kumpulan itu membuka akan Facebook mengenai bantahan terhadap berkenaan, ia telah menerima lebih 36,000 `like’` dan telah dikongsi oleh 1,600 orang.
“Patung ini nyata mempromosikan cara hidup tidak sihat.
“Saya harap selepas ini Barbie turut mengeluarkan pengesan darah tinggi untuk menunjukkan kepada kanak-kanak bahawa saiz badan tidak penting, sebalik isu kesihatan lebih utama,’’ itu antara komen yang diterima dalam laman Facebook berkenaan.
Worth1000.com merupakan yang pertama di dunia, mempertimbangkan konsep anak patung bersaiz besar.
MyNewsHub
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.