Sebulan yang lalu para peminat hiburan tempatan telah diberitahu tentang berita penyanyi baru dari seberang, Cakra Khan yang mahu mengadakan showcase di Kuala Lumpur pada pertengahan November tahun ini.
Namun sayangnya, penyanyi yang popular menerusi lagu Harus Terpisah ini dikatakan terpaksa menundashowcase berkenaan ke satu tarikh yang belum diputuskan lagi gara-gara jadual seninya terlampau padat.
Bagaimanapun Cakra yang ditemui sewaktu Konsert Destini di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam tempoh hari telahpun menjelaskan perkara sebenar kepada media.
Menurut jejaka berusia 21 tahun ini, kegagalannya hadir ke Malaysia pada tarikh yang ditetapkan tempoh hari kerana berlaku sedikit salah faham antara pihak penganjur dan syarikat pengurusannya.
Pada mulanya pihak pengurusan saya tidak tahu menahu mengenai perkhabaran yang mengatakan saya akan membuat persembahan di Malaysia. Jadi kami tertanya-tanya kerana tarikh sudah ditentukan tetapi tiada pengesahan dari pihak kami sama sekali.Mungkin bagi yang tidak tahu, mereka menganggap saya yang tidak mahu ke Malaysia. Tetapi kami sudah berbincang dengan pihak berkenaan secara rasional dan berharap kedua-dua belah pihak baik-baik sahaja. Saya tidak pernah ada masalah dan tidak mahu membuat masalah.
Namun begitu, Cakra ternyata teruja apabila dapat membuat persembahan buat pertama kali di Malaysia menerusi Konsert Destini dan terkejut dengan sambutan hangat yang diterima oleh peminat di sini.
Saya cuma menggantikan slot Pasha pada hari pertama tapi teruja itu tetap ada memandangkan ini adalah kali pertama saya berjumpa peminat di Malaysia. Paling saya takut adalah terlupa lirik, jadi selepas solat Subuh pagi tadi (Jumaat) saya terus tidak tidur kerana menghafal.
Beralih kepada kisah peribadi, Cakra menjelaskan tidak mempunyai kekasih buat masa sekarang kerana mahu menumpukan perhatian kepada kerjaya selain bercita-cita mahu membawa keluarganya mengerjakan ibadah Haji bila tiba masanya nanti.
OHBULAN
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.