Versi 1 : Terdapat satu keluarga yang kaya raya dan hidup bahagia. Ditakdirkan si ibu dan ayah meninggal dunia, tinggallah anak tunggalnya bernama Nabila. Nabila tinggal bersama orang gajinya. Disebabkan Nabila bakal mewarisi harta kekayaan ibu bapanya, orang gaji tersebut nekad membunuh dan mayat Nabila telah disimen dalam salah satu kawasan villa tersebut.
Versi 2 : Keluarga Nabila yang kaya raya ini telah dirompak dan semuanya dibunuh dengan kejam. Banglo itu dibiarkan kosong sejak rompakan dan pembunuhan tersebut berlaku.
Versi 3 : Keluarga Nabila telah dirompak dan Nabila dirogol lalu dibunuh dengan kejam, kemudian mayatnya ditanam pada salah satu dinding dalam Villa itu.
Versi 4 : Keluarga Nabila adalah keluarga kaya yang sangat bahagia, tetapi pada suatu hari secara tiba-tiba bapa Nabila mengamuk lalu membunuh seluruh ahli keluarganya dan menembak dirinya sendiri.
Versi 5 : Villa ini dinamakan Christine Palace sempena nama isteri seorang ahli perniagaan dari Barat. Sebelum membina Villa ini si suami berjanji akan membahagikan tanah tersebut kepada 6 orang adik beradiknya, tetapi si suami itu mungkir janji lalu mengundang kemarahan 6 orang adiknya itu. Mereka mengupah wakil membunuh anak tunggal si suami iaitu Nabila dan isterinya kerana enggan membahagikan tanah tersebut. Akhirnya si suami juga turut dibunuh dan Villa itu terbiar selama 70 tahun.
Versi 6 : Versi terakhir. Menurut cerita orang dahulu Villa tersebut kepunyaan seorang Dato' berbangsa Cina. Tapi atas sebab-sebab tertentu status Dato' nya dilucutkan, kemudian dia berpindah dari Villa tersebut dan hingga kini Villa itu terbiar.
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.